Okay. Let me write this in Malay - since I haven't written anything in fully Malay since Bahasa Melayu Karangan Paper, SPM 1999... Heh.. ;)
***************************************************
Pagi tadi, sedang saya dalam perjalanan ke kolej, ada seorang perempuan yang err..(what is rowdy in Malay?).. yang kasar menaiki STAR LRT bersama-sama tiga orang anak lelaki yang comot. Oleh kerana mereka bertutur dengan kuatnya, mereka telah menggangu ketenteraman orang lain yang berada dalam gerabak LRT tersebut maka semua orang memandang mereka dengan riak muka tidak suka.
Seorang lelaki Melayu yang duduk bersebelahan saya tiba-tiba mula membebel sendiri berkenaan keluarga bising tersebut. Maka dia bertempiak, "Eh kak, bingit la telinga. Cakap slow-slow sikit la.". Perempuan tersebut buat-buat tidak dengar dan tidak mengendahkan lelaki tersebut dan menyambung perbualan dengan anak lelakinya.
Lelaki tersebut merasakan dirinya tercabar lalu memainkan laungan kumandang Azan (u know, the..Allahuakbar... Allahuakbar) dengan menggunakan telefon bimbit Nokia-nya. Dia menekan punat suara sehingga tahap maksima, tanda sindiran. (Walauwehhh.... I'm impressed with myself!). Akan tetapi, suara perempuan itu ternyata lebih kuat daripada bunyi telefon bimbit lelaki tersebut. Lelaki itu rasa sungguh bengang kerana perempuan itu ternyata tidak menghiraukan sindirannya.
Situasi menjadi tegang kerana lelaki itu mula naik berang lalu mengeluarkan kata-kata yang menyindir kepada perempuan bising itu. Orang ramai yang berada di dalam gerabak yang sama cuma mendiamkan diri dan menyaksikan sahaja kejadian itu berlaku. Saya termasuk sekali, hehe.
Perempuan itu membuak 'dek' sahaja dan menarik anak-anaknya turun di Stesyen Masjid Jamek. Dan tanpa diduga, lelaki tersebut turun di tempat yang sama juga. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka selepas itu.
Akhirnya keadaan STAR LRT menjadi aman damai seperti sedia kala. Sekian, terima kasih. Wabilahitaufikwalhidayah dan assalamualaikum warahmatullahiwarokatuh... (FUI-YOOOHHHHHH!!!!)
**************************************************
First of all, I salute the woman because she kept her cool when she could have just take the broom stick (yeah, she was carrying a broom with the stick protruding out of the plastic bag) and wack the guy's head to teach him about manners.
Secondly, I think the guy is doing exactly what he is opposing in the first place - buat bising sampai menggangu ketenteraman awam as he did the same thing by trying to match the woman's shrieking voice with his Nokia phone. Tak ke dua kali lima sahaja perbuatannya? Cewahh...
And lastly, I salute myself for actually describing the whole incident in Malay! Wau-wee-junior-juice.. *sheepish grin*
1 comment:
Betullah, your Malay really sucks... :P hahahaha... banyak grammatical mistakes. Tapi cukup melucukan. :P
Post a Comment